Expect The Unexpected

May 02

hahaha

perlu ke ada diskriminasi antara “budak scholar” dengan “budak private” ?

bodoh!!

kalau ye pun budak scholar, tak payah nak berlagak baguslah..

tak payah nak berlagak pandai kalau perangai hipokrit, talam dua muka..

buat tambah dosa kau aje!!

macam ni lah perangai budak scholar!! cis! langsung aku tak respek korang dah lepas ni!!

Apr 17

should i care?

why do we have to care about people who doesn’t care about us?

it’s a waste of time…

it’s like, you love someone but that someone doesn’t love you back..it hurts right??

to think about that person, care about him/her, but then he/she doesn’t act the same way as you do..it does hurts..

but, no matter how hurt i get, i keep on caring about that person..it’s just a feeling that’s hard to control..

friendship, sometimes it’s hard…

Jan 13

choices

kawan saya cakap, dalam hidup ni kita pasti akan berhadapan dengan pilihan..itu adalah sesuatu yang normal dalam hidup..

satu contoh: cinta dan persahabatan..yang mana satu nak pilih??

kalau saya, pastinya persahabatan..saya pernah melakukan kesilapan pada suatu masa dahulu dimana saya memilih cinta, dan mengabaikan persahabatan..oh, itu sangat kejam ok..

dan untuk kali kedua ni, saya takkan membuat kesilapan yang sama..saya lebih sayangkan persahabatan berbanding cinta..cinta itu boleh dicari, yang patah tumbuh yang hilang berganti..tapi persahabatan, susah nak cari…

kesimpulannya, persahabatan lebih penting daripada cinta..

ps: don’t ever choose love over friendship.never ever.

Jan 05

what goes around comes around

saya dan kegembiraan memang tak serasi…kami langsung tak sinonim…

ok, fairytales remain as fairytales…happy ending, tipu belaka…

current mood: sedang mendengar lagu Bengang-Akim over and over and over and over again…

Jan 04

hati tak berbunga lagi

semenjak ada lagi 6 hari nak balik kolej ni, hati saya entah kemana pun tak tahula.

hati saya dah tak berbunga lagi..

mulalah, segala realiti perlu dihadapi..

  • kena bangun pagi2, tak boleh tidur balik lepas subuh
  • kelas tiap hari dari pukul 8am sampai 4pm
  • homework yang berlambak
  • further maths yang susah nak difahami oleh sebab cikgu yang terlampau brilliant
  • nak kena study hari2 sampai lebam
  • kawan2 yang …….
  • events yang tak putus2
  • test dan exam

realiti….kadang2 sucks kan..

pernah tak terfikir tak nak belajar dah..?terus kahwin, jadi bini orang, beranak, jadi suri rumah sepenuh masa…

saya pernah!!hahaha

senangnya hidup kalau macam tu..lelaki je yg buat semua kerja..bagi nafkah, tanggung makan minum bini..lol..best kot..carilah sorang lelaki kaya kan, cukup semua benda..sure hidup terjamin punya lah..terbaik!

ps: sedang bengang dengan seseorang.salah satu sebab hati dah tak berbunga lagi.

Dec 31

sepi

ok, saya tidaklah dalam kesepian sepertimana tajuk ini..

saya cuma nak reflect balik movie Sepi arahan Kabir Bhatia ni, sebenarnya movie ni hot masa 2008, tapi macam biasa, oleh sebab saya ini seperti “katak di bawah tempurung”, saya baru je tengok movie ni..

apa yg saya dapat daripada movie ni, melalui mata dan hati saya lah, tema yg diangkat adalah cinta kedua, begitu juga second chance..

movie ni ada 3 kisah, yg pertama tentang Adam, kedua tentang Sufi dan ketiga tentang Imaan..

kisah ketiga, iaitu kisah Imaan, saya masih boleh terima sebab dia menceritakan yg bagaimana seorang perempuan ni hidup dalam denial bahawa teman lelaki dia dah mati..kemudian dia jumpa lelaki baru dan selepas mengalami kemalangan dan sempat koma sebentar, akhirnya dia boleh terima kenyataan bahawa teman lelaki dia tu dah mati..dan akhirnya dia terima lelaki yg baru muncul dalam hidup dia..

kisah pertama, iaitu kisah Adam, agak sukar saya nak terima..sebab, bagaimana seorang perempuan boleh batalkan perkahwinan dia sendiri pada saat2 akhir hanya kerana dia telah berjumpa dgn seorang lelaki yg sukakan dia, iaitu Adam..mereka baru je kenal, tak pasal2 perempuan tu pun suka kat Adam jugak, dalam masa tak sampai setahun pun kot..pengarah macam memperlekehkan sangat perkahwinan ni, semata2 cinta yg datang entah dari mana..nak salahkan takdir sebab menemukan mereka pada masa yg sebegitu ke..?

kisah kedua, iaitu kisah Sufi, saya langsung tak boleh terima..firstly, sebab Sufi ni cepat sangat berubah hati padahal isteri dia baru je meninggal, tiba2 dia jumpa seorang minah kat taman ni, borak2 sikit, kemudian dah jatuh cinta..cepatnya beralih arah mamat oi..bukan tu je, perempuan yg Sufi jumpa kat taman tu pulak sebenarnya dah kahwin, elok2 dah kahwin boleh pulak dia jatuh cinta kat Sufi, boleh dia kata kat Sufi, “hati saya untuk awak selama-lamanya”, tulis dalam surat tu..kalau hati dia dah bagi kat Sufi, then suami dia dapat apa..?jasad dia je..?perkahwinan apa macam tu?baik minta cerai je terus..tak payah susah2 nak seksa batin sendiri..Sufi ajak dia kahwin dan tinggalkan suami dia, perempuan tu macam teragak2, sedangkan dia patut terus je cakap, “tak boleh!saya dah ada suami!”..bodoh betul, tak sedar diri dah kahwin, boleh je senang2 nak suka kat lelaki lain..dia tolak lamaran Sufi tu pun sebab dia dapat tahu dia mengandung..lagi sekali, pengarah cuba untuk memperlekehkan institusi perkahwinan..juga lagi sekali, ke cuba nak salahkan takdir sebab menemukan mereka di saat itu, di taman itu…?

kesimpulannya, cerita ni, pengarah sengaja memperlekehkan institusi perkahwinan…itu pendapat saya..dan juga pasal cinta tiga segi..

saya percaya, cinta sejati itu satu je..dan ia hanya datang sekali..

kalau datang banyak kali tu, bukan cinta sejati namanya..

ps: ini hanyalah pendapat saya..no offense kepada mereka yg merasakan movie ini gempak..

Dec 30

sudah berjuta kali saya mengulang lagu ini..

Ne-Yo - Never Knew I Needed

suke suke suke…!! ♥ ♥ ♥ ♥

Dec 29

suatu hari di dapur

  • seorang emak melihat anak perempuannya memotong bawang dengan sangat lambat.
  • emak: ish, bila la nak siap bawang tu? kalau anak mu lapar, kebulur dulu la dia nanti.
  • anak: oh, takpe. biar dia kebulur, tak payah makan. bagi dia makan pasir je.
  • emak: bila la mu nak pandai masak ni?
  • anak: malas nak masak, tak suka masak. ala, mama dulu pon masa nenek masak, mama pergi menyorok bawah tangga.
  • emak: hahaha(gelak besar). tapi mama sekarang pandai masak.
  • anak: nanti orang samalah dengan mama, dah besar nanti pandai masak jugak. hihihi
  • mama: ......(terdiam, tak tahu nak cakap apa, muahaha)
Dec 26

ditujukan khas kepada kaum hawa

secara rasminya saya membuat pengakuan bahawa saya sangat benci tak suka melihat gambar2 perempuan yang diupload kat “mukabuku” itu..

perlu ke letak gambar2 yang diambil dari jarak dekat ataupon lebih dikenali sebagai gambar SS(syok sendiri) secara publik, untuk tatapan awam?perlu ke?

ok, mereka rasa mereka comel sebab tu mereka letak gambar sebegitu..sampai kan lubang hidung besar mana pon boleh diukur sampai nampak bulu2 hidung, tahi mata, jerawat mahupun tahi lalat sekali boleh nampak, bangga sangat lah tu letak gambar camtu..bangga2..

gambar so-call comel mereka tu, nak bagi siapa je yang tengok sebenarnya?tak paham betollah…

mereka tak tahu ke kat dunia ni berapa banyak orang ada penyakit hati terutamanya lelaki yang entah2 stalk mereka bagai nak gila, bila tengok je gambar so-call comel mereka tu mulalah timbul rasa yang berbagai2..lelaki yang tak pernah mereka kenal pon bila tengok gambar SS mereka tu boleh jadi tak tentu arah..aduh..dunia ni sangat bahaya kot..sedarlah wahai kaum hawa!!

so berhenti lah letak gambar2 SS kat publik, tak perlu pon.kalau la mereka rasa mereka comel sangat, tak payahla sampai nak tunjuk kat publik, nak bangga2 kat siapa?pakwe?oh tolong lah..tak payah..dah kahwin nanti barulah tunjuk kat suami semua tu..mahalkanlah sikit maruah dan harga diri kaum hawa!

letak gambar SS tu sebagai mereka punya wallpaper kat laptop/pc sudah..ha, lepas tu, tatap la jerawat mereka, lubang hidung mereka, tahi lalat mereka dan sebagainya puas2 ye…

minta maaf kepada siapa2 yang terasa..tapi ini kenyataan..sekian..

Dec 19

tanggal 21

ini album beliau yang pertama, Deluxe Edition.

ini pula album beliau yang kedua, Platinum Edition.

hari ni 19, dua hari je lagi…

saya mahu kedua-dua yang di atas dan saya janji tak minta benda lain dah..

saya obses minat dengan beliau..

Comments